Thursday 6 November 2014

Upah Buat Lirik/Senikata Lagu

Perkhidmatan membuat lirik lagu turut dilaksanakan. Boleh terus berhubung atau email ke mnbaa88@gmail.com.


Lirik lagu yang terlibat adalah dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Portfolio Lirik Lagu yang telah dicipta berdasarkan kepada lagu ciptaan composer Rasia Unggol boleh didapati di ruangan POST pada blog ini.

Upah Buat Assignment (Sains Sosial)

Upah untuk membuat assignment boleh ditempah melalui email mnbaa88@gmail.com.

A) Assignment

A.1) Aras pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Sarjana (Master)
2) Serjana Muda (Bachelor)
3) Diploma
4) Sijil



A.2) Bidang pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Perniagaan (Business)
2) Pemasaran (Marketing)
3) Pengurusan (Management)
4) Pendidikan (Education)
5) Sumber Manusia (Human Resource)
6) Pembangunan Manusia (Human Development)
7) Sains Politik (Political Science)
8) Pertanian (Agriculture)
9) Ekonomi dan Masyarakat (Economy)
10) Metodologi Kajian (Research Method)
11) Keusahawanan (Entrepreneurship)
12) Ketamadunan dan Kenegaraan (Civilization and Nationhood)
13) Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
14) Sains Sosial (Social Science)
15) Bahasa Malaysia (Malaysia Language)


 * Segala perkhidmatan assignment adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja.

** Semua hasil kerja adalah termasuk:
       i) pengenalan.
      ii) kandungan/isi.
     iii) kesimpulan.
     iv) gambarajah dan jadual (sekiranya berkaitan).
      v) rujukan.




B) Thesis/Dissertation/Project Paper

B.1) Aras pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Sarjana (Master)
2) Serjana Muda (Bachelor)
3) Diploma
4) Sijil


Segala perkhidmatan thesis/dissertation/project paper adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja.


*   Semua kondisi dan harga perkhidmatan tidak termasuk Tatabahasa @ Grammar.

** Semua hasil kerja adalah termasuk ):
       i)  Pengenalan dan Latar Belakang Kajian (Introduction)
      ii)  Lintasan Sastera/Kajian Lepas (Literature Review)
     iii)  Metodologi (Methodology)
     iv)  Analisis Data (Result and Data Analysis)
      v)  Perbincangan dan Cadangan (Conclusion and Recommendation)
     vi)  Gambarajah dan jadual (sekiranya berkaitan)
     vii) Rujukan

*** Bab/Chapter adalah tertakluk kepada kehendak pusat pengajian.

Saturday 18 August 2012

Puisi II: Rintihan Di Aidilfitri

Di hening pagi Syawal
Sayup suara takbir bergema
Sebak dada ku tak terkawal
Tanpa insan tercinta bersama

Ingin ku kucup tangan ayah dan ibu
Memohon maaf, memohon restu
Apakan daya mereka telah pergi
Mereka pergi bertemu Illahi

Pada Mu Tuhan
Ku menadah tangan
Memohon sampaikan
Salam rindu ku pada mereka

Sebatang kara di Hari Raya
Tiada saudara, tiada siapa
Ayah dan ibu ku harap dengarilah
Rintihan anak mu di Aidilfitri...

Fragile Lavandula


Tuesday 17 July 2012

Senikata II: Kesyukuran (Pada Mu Tuhan)

Aku berlari mencari-cari,
Nikmat kehidupan yang indah tak terperi...
Ku kebingungan, pasrah ku disini,
Tuhan mana Kau tika ku perlu Mu di sisi...

Tika waktu gembira, aku tiada masa,
Mengucapkan syukur, kepada Mu Yang Esa,
Bila tidak berdaya, aku mula bertanya,
Adakah semua taubatku akan Kau terima...

Sedang aku merasa, kenikmatan dunia,
Sehingga melupakan, sifat kemanusiaan,
Bila jiwa terpana, aku terus bertanya,
Adakah semua taubatku masih Kau terima...


Fragile Lavandula

Senikata I : Rintihan Ku

Di usia duniawi kini,
Ramai sudah kesesatan,
Bangga diri sana sini,
Tapi tiada perubahan...

Ku turut dipengaruhi,
Dengan janji tiada pasti,
Hina orang lain,
Tanpa diri sendiri dicermin...

Tuhan ku tolonglah...
Ku ingin berubah...
Setelah sekian lama ku sesat dan hilang arah...

Ku masih setia pada Mu...
Dan masih menyintai Mu...
Sudikah Kau maafkan dosa ku...

Tanpa Mu di sisi,
Ku teruskan perjuangan,
Mentafsir ku gagah berani,
Tapi sesak dalam jalanan...

Bergelumang dengan dosa,
Tiada kira pangkat usia,
Ku tahu ku perlu sujud pada Mu,
Tapi ku tiada masa....

Fikiran ku masih lagi buntu...
Jalan mana hendak dituju...
Ku terus berdoa, Pada Mu Yang Esa...
Engkau tunjukkan jalannya...


Fragile Lavandula

Monday 16 July 2012

Puisi I : Rentetan Hati

Sedang ku bersendirian,
Di malam yang penuh kelam,
Ku didakap selamunan...

Lamunan yang membawa ku jauh,
Jauh untuk digapai,
Dekat untuk dicapai...

Dia...
Dia yang membuat aku mengisi kekosongan jiwa,
Dia yang membuat aku terisi dengan cinta,
Cinta yang memang tiada pasti,
Antara aku dan dia...

Dia yang tidak akan tahu pada cinta ku ini,
Dia yang tidak pernah tahu kewujudan diri ku ini,
Tapi biarlah aku mengkhabarkan cinta ku ini kepada bayu,
Biar ku sampaikan tulus jiwa ini kepada lagu,
Walau itu sekadar mainan fantasi ku,
Walau ia sekadar coretan kasih yang tiada hala tuju,
Namun ia mampu mengisi kekosongan jiwa cinta ku...

Akan ku cipta senukilan lagu buat diri mu,
Kerna aku malu untuk meluahkannya,
Kerna cinta ku bukan cinta biasa...


Fragile Lavandula